Pages

Saturday, 19 April 2014

Panduan Beli Nombor Plat Kereta

Assalamualaikum and Hye Dear sume,

Dalam entri yang lepas, saya ada beritahu sume ttg panduan beli kereta baru kan..so hari ni plak, kita nak beri panduan untuk mereka yang nak beli nombor plat kereta ( terutama kaum perempuan ye)


1. Buat Research 


Research tu tak semestinya melalui internet..tapi dapatkan idea dari kawan2 kita.. or maybe dari kaum keluarga kita.. Sometimes, ada yang nak nombor berkaitan dengan hari lahir, or nombor telefon kita..or mungkin nombor kereta keluarga..(apa maksudnya??) Keluarga kita kekadang dah ada kereta..so kita nak nombor yang sama dengan kereta yang ada..tapi huruf lain.

Mcm : WKE 5454, then skrng W 5454 K.. hah kan sama tu nombor nye..


2. Pastikan sedia 10 nombor


Sebelum ke jpj, sediakan 10 nombor yang kita nak..sbb tak semestinya nombor yang kita idamkan kita akan dapat..so dari membuang masa kat JPJ nak cari nombor, better korang sediakan dulu. Untuk pengetahuan, nombor yang jarang org nak ( maksudnya nombor campur) mungkin korang boleh terus beli...tapi kalau nombor korang tu nombor kahwin.. mcm 4242, or 4343, 5252 mcm tu.. korang kena sediakan extra MONEY.. mahal skit..

10 nombor yang saya ckp tu..contohnye

5454, 5445,5544,5554,4445,4554, ........

korang buatlah bape byk yang nak..kalau bertuah..dapatlah nombor yang diidamkan tu..

Ada yang harganya RM300 n ada lebih.. so sediakan duit more than RM300 ok..?


3.  Dapatkan form pendaftaran nombor kereta





  Sebelum pergi jpj, pastikan korang lengkap form kt atas ni.. senang je..pastu bawa sekali photostat ic..sampai je sana nanti.. amik nombor giliran..

4. Cari JPJ berdekatan

Ok, untuk nombor bercampur, korang mungkin boleh minta sesape belikan nombor tu.. tapi kalau korang ada nombor special..mcm no kahwin kt atas tu, korang kena pergi JPJ Wangsa Maju.



Tapi kalau korang pergi awal, xde masalah..cuma kalau nak jumpa pengarah or penolong pengarah korang kena tunggu pukul 9am. Kalau sampai awal tu..tunggu je lah ye..nanti masuk dalam amik no giliran and tunggu dipanggil..Pengarah akan checkkan nombor korang tu..(yang 10 nombor korang pilih tu, time ni lah bg kat diorng )

Bagi sekali dengan form ..nanti dia akan sign n chopkan nombor tu.

5. Bayar di kaunter

Lepas dah siap chop borang dari pengarah JPJ, amik nombor giliran pulak untuk buat pembayaran. ok masa ni memrlukan kesabaran yang byk..sbb kena menunggu mungkin 2 jam.. dah byr..nanti dapat resit ..so resit tu lah bagi kat dealer kereta kita.. ok?

K..setakat tu je lah yang saya tahu..ni berdasarkan pengalaman sendiri.. first2 time agak susah..hopefully dengan sikit ilmu ni dapat bantu korang sume k..

when " button meet tab"








Thursday, 17 April 2014

Panduan Beli kereta baru

Assalamualaikum n hye dear,

untuk entri kali ni kita cite tentang apa yang kita perlu buat and tahu untuk:


 BELI KERETA 

1) Jenis Kereta 


Actually kita perlu tahu kita nak beli kereta apa ? Sama ada BARU atau SECONDHAND?

Bila kita dah tahu baru kita boleh rancang yang lain. Untuk Beli kereta ni..perkara paling penting adalah interest..so kete baru n secondhand, interest dia lain lain k


 



2.) Bayaran Muka ( downpayment)


Kalau bagi mereka yang malas, semua akan dilakukan oleh dealer kereta. Tapi bagi saya..saya lebih suka buat sendiri..ini bukan disebabkan "kedekut" tapi untuk mengelak dari kena tipu and untuk pengetahuan kita jugak





Biasanya untuk kereta baru, dealer kereta akan minta kita bayar


--> 10% downpayment untuk kereta baru, so balance 90% tu akan dibiayai oleh bank. Tapi Kalau nak bayar lebih lagi elok..so korang punye installment xdelah tinggi.


---> Tapi kekadang dealer kereta ni di bg 0% downpayment . so bg mereka yang nak berkereta masih ada peluang jika tiada bayaran muka.. tapi perlu beringat n buat kira2 skit..takut nanti membebankan pulak kemudian hari..


3) Pembiayaan


Buat research skit tentang interest dari bank ke bank..n then kita decide. JANGAN MALAS... kalau malas, byk yang akan rugi..


Setiap hari saya akan call bank berlainan untuk tahu interest rate yang terkini n berapa installment bulan2.. sbenanrya, bila kita buat mcm ni, dpt elakkan kita dari kena penipuan, n caj berlebihan...k buat comparison dulu.. kt bwh ni mungkin boleh beri sedikit gmbarn interest rate kereta yg ada di malaysia kini.



Model
Current Rate (%)
Estimated Rate (%)
Malaysian
Perodua
2.7-3.0%
3.1-3.4%
Proton
2.7-3.0%
3.1-3.4%
Non-Malaysian
Toyota
2.3-2.5%
2.6-2.8%
Honda
2.3-2.5%
2.6-2.8%
Mazda
2.4-2.6%
2.7-2.8%
Nissan
2.3-2.5%
2.6-2.8%
Naza Kia
2.4-2.6%
2.7-2.8%
Mitsubishi
2.4-2.6%
2.7-2.8%

tu ada dua, before April 2014, interest mmg rendah, tp after that, dah revise, mmg tinggi..tapi bila buat kira2..tak byk pun sbenarnya..

Kalau nak tahu mcm mana pengiraan installment, kat bawah ni saya ada sertakan formula.

Contoh: Honda City 1.5 S+

Harga Kereta : RM78,800 (on the road + Insurance)
Insurance : ( RM 2252) <--buat sendiri
Booking : ( RM500) <-- dealer akan minta untuk booking kereta
Downpayment : ( RM9548)
Loan :  RM66500

** Interest rate : 2.78% 

Installment : RM66500 x 2.78%p.a
= RM1848.7
Tempoh : 9 tahun
Interest untuk 9 tahun : RM1848.7 x 9 tahun = RM16638.30
Total loan dgn interest : RM66500  + RM16638.30 = RM83138.30
Installment bulanan : RM83138.30 / 108 bulan = RM769.79

Amacam? Boleh kirakan?


Bila loan dah approve, n time to sign the letter offer, make sure, baca betul2 agreement tu..jgn main sign je.. sbb kekdang dlm letter offer, downpayment lain, tapi dealer janji lain..so becareful. Kalau salah minta je diorg amend or jgn sign.


4.Insurance kereta


Beli kereta ni, dalam listing dealer, diorng dah includekan sekali dlm package diorg. Kalau boleh, biar korang buat insurance sendiri. Bukan apa, nanti bila next renewal, kalau korng dpt cover letter insurance tahun ni ok..tapi kalau cover letter pun xde, so next time mcm mana nak renew? n korang kena alert, if ada NCD kereta lama, minta dealer transferkan NCD tu.. so korang byr rendah untuk insurnace tu nanti





Tapi pandangan saya, saya lebih suka buat sendiri, sbb kekadang dekat insurance tu, boleh jimat RM200 ke RM300 tau..fikir fikirkan lah ye..


5.No kereta




Untuk entri no kereta ni, saya explain kt post lepas ni..stay tune!


When " button meet tab"