Pages

Saturday, 19 April 2014

Panduan Beli Nombor Plat Kereta

Assalamualaikum and Hye Dear sume,

Dalam entri yang lepas, saya ada beritahu sume ttg panduan beli kereta baru kan..so hari ni plak, kita nak beri panduan untuk mereka yang nak beli nombor plat kereta ( terutama kaum perempuan ye)


1. Buat Research 


Research tu tak semestinya melalui internet..tapi dapatkan idea dari kawan2 kita.. or maybe dari kaum keluarga kita.. Sometimes, ada yang nak nombor berkaitan dengan hari lahir, or nombor telefon kita..or mungkin nombor kereta keluarga..(apa maksudnya??) Keluarga kita kekadang dah ada kereta..so kita nak nombor yang sama dengan kereta yang ada..tapi huruf lain.

Mcm : WKE 5454, then skrng W 5454 K.. hah kan sama tu nombor nye..


2. Pastikan sedia 10 nombor


Sebelum ke jpj, sediakan 10 nombor yang kita nak..sbb tak semestinya nombor yang kita idamkan kita akan dapat..so dari membuang masa kat JPJ nak cari nombor, better korang sediakan dulu. Untuk pengetahuan, nombor yang jarang org nak ( maksudnya nombor campur) mungkin korang boleh terus beli...tapi kalau nombor korang tu nombor kahwin.. mcm 4242, or 4343, 5252 mcm tu.. korang kena sediakan extra MONEY.. mahal skit..

10 nombor yang saya ckp tu..contohnye

5454, 5445,5544,5554,4445,4554, ........

korang buatlah bape byk yang nak..kalau bertuah..dapatlah nombor yang diidamkan tu..

Ada yang harganya RM300 n ada lebih.. so sediakan duit more than RM300 ok..?


3.  Dapatkan form pendaftaran nombor kereta





  Sebelum pergi jpj, pastikan korang lengkap form kt atas ni.. senang je..pastu bawa sekali photostat ic..sampai je sana nanti.. amik nombor giliran..

4. Cari JPJ berdekatan

Ok, untuk nombor bercampur, korang mungkin boleh minta sesape belikan nombor tu.. tapi kalau korang ada nombor special..mcm no kahwin kt atas tu, korang kena pergi JPJ Wangsa Maju.



Tapi kalau korang pergi awal, xde masalah..cuma kalau nak jumpa pengarah or penolong pengarah korang kena tunggu pukul 9am. Kalau sampai awal tu..tunggu je lah ye..nanti masuk dalam amik no giliran and tunggu dipanggil..Pengarah akan checkkan nombor korang tu..(yang 10 nombor korang pilih tu, time ni lah bg kat diorng )

Bagi sekali dengan form ..nanti dia akan sign n chopkan nombor tu.

5. Bayar di kaunter

Lepas dah siap chop borang dari pengarah JPJ, amik nombor giliran pulak untuk buat pembayaran. ok masa ni memrlukan kesabaran yang byk..sbb kena menunggu mungkin 2 jam.. dah byr..nanti dapat resit ..so resit tu lah bagi kat dealer kereta kita.. ok?

K..setakat tu je lah yang saya tahu..ni berdasarkan pengalaman sendiri.. first2 time agak susah..hopefully dengan sikit ilmu ni dapat bantu korang sume k..

when " button meet tab"








No comments:

Post a Comment