Pages

Friday, 1 January 2016

Day 1 : Percutian Ke Langkawi Dec 2015

Assalamualaikum n hi sume,

Sambungan dari post sebelum ni Klik sini .. lepas je bertolak dari Kilim Geoforest park, kami terus dibawa ke tempat shopping segala mcm barang kat Langkawi ni.. sebelum ni FN selalu gak ikut rombongan ke Langkawi ni, tapi FN x pernah dibawa ke tempat shopping ni, Nama dia RAMS.

RAMS


RAMS ni sebuah kedai Duty Free tak jauh dari pekan kuah.. dekat depan RAMS ni jalan beberapa minit nampak laut.. tapi kena jalan di sebalik bangunan.

Kedai RAMS ni nak dibandingkan dengan Haji Ismail Group xdelah besar sgt... tapi barangan mereka agak teratur dan up to date. Agak murah jugak. Design die pun cantik cantik. Kekadang , ada design yang xde kat dalam kedai lain.

Kalau korang nak pergi, ni Alamat RAMS ni.

Rams Home Decor Sdn. Bhd. (Duty Free Shopping)

Department StoreMall, and Miscellaneous Shop · Dayang Business Center
No. 41-48 Persiaran Dayang 207000 Pekan Rabu, LangkawiKedah, Malaysia

Ni antara barangan yang ada kat RAMS







korang jangan risau, bahagian cokelat cokelat pun ade.. tapi FN x belilah.. sebb FN lagi yakin dengan Haji Ismail Group... Lagi Pun HIG depan tempat tinggal FN je malam ni..

Oklah.. lepas diberi masa ke RAMS ni.. kami telah dibawa ke motel yang FN tinggal. FN duk takdelah hotel 5 star, tapi cukuplah sekadar boleh tido and nak menapak ke pekan kuah tu dekat..x penat..

MOTEL SRI MANIS


Ni lah Motel budget yang FN duduk.. betul betul depan HIG Hotel yang baru kat pekan kuah. FN mmg suka duduk area pekan kuah sebb family FN ni suka shopping. So kalau dari SRI Manis ni lebih kurang 10 minit sampai ke pekan kuah..

Tapi even kecik Motel ni, tapi selalu fully booked. Best duduk kat motel ni, bukan bilik die..tapi persekitarannya.. sume dekat..


Ni gambar depan motel. Nampak tak bangunan depan tu.. Ok itu food court Haji Ismail. Food court ni selalu penuh.. tapi orang orang Langkawi selalu cakap makanan sini agak mahal compare tu tempat lain..tp bg FN.. kalau compare dekat KL..hrmm same je kot.. 


Ok ni depan food cout tu, Mall Haji Ismail dengan hotel beliau sekali. Kalau korang nak cari hotel yang cantik skit.. Bolehlah duduk kat sini..

Cube cari kat AirAsia.go .. FN selalu tgk gak, flight dengan hotel HIG ni lebih kurang RM300+-. Oklah kan..


Ihsan dari harrizam.blogspot.com

Malam ni family FN makan kt food court ni.. nasi goreng siang malam. Hah. ape tu..?


Nampak x sebelah putih sebelah gelap. Mesti korang tertanya kenapa sebelah terang sebelah gelap. Kalau senang korang nak paham, ni nasi goreng USA sebenarnya.. 

Yang terang tu belah siangnya... yang gelap tu belah malam..haha..

Lepas makan MISI MENCARI COKELAT.

Jom kite ke 

HAJI ISMAIL GROUP

Haji Ismail merupakan usahawan Melayu yang Berjaya kat Langkawi ni. Siapa tak kenal tauke cokelat.?? Kan.. Haji Ismail group ni ada banyak sangat cawangan.. kat pekan kuah tu pun dah berapa banyak dah.. tapi yang paling latest kat depan Motel yang FN duduk tu.. paling besar, paling cantik sekali hotel.

So jom kite ke HIG


Ihsan dari blog alwzbemybaby

Yang ni pintu masuk, sebelah kiri masuk section cokelat sumenya..dari depan smpailah belakang.. belah kana section pinggan mangkuk..

Bahagian depan plak section bag bag


ihsan dari blog alwzbemybaby

HIG mall ni ada dua tingkat.. samanya dua dua..masa FN pergi.. dekat tiang tiang tu sume dah ada peniaga peniaga kecil .. nampak x tangga sebelah kanan tu..tu untuk ke tingkat atas.. atas ada ape? same je.. cume kat atas x ramai orang.. boleh pilih dengan tenang...


view.. masa ni FN tengah tunggu mak FN membeli barang yang die dah niat nak beli dari KL.. katanya.. correlle kat sini murah.. kalau kat sogo lebih kurang rm80 satu pinggan je.. tp kat sini leh dapat RM40 sebijik. oklah kan?

dah membeli sume.. FN ke kedai depan HIG, kedai kedai kecil..teman anak buah FN beli brg diorg

Lupe plak nak bgtau.. kt depan pintu masuk HIG tu, ada ATM. So kalau rase tak cukup duit, bolehlah keluar berapa yang patutla.. 

ATM: Maybank, RHB, CIMB



Ni antara kedai yang ada..tp banyak lagi sebenarnya..lupe nak amik gambo.. dah habis belanja, maka FN pun balikla...

so esok trip ape eh? Tunggu..

K lah, salam sayang,

Love


Next entry :


















3 comments:

  1. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete