Sunday 10 January 2016

Day 2 : Percutian ke Langkawi Dec 2015

Assalamualaikum n hi sume,

ok amik masa 1 minggu gak la nak ke day 2 ni..kalau sesape yg lum bace previous entry boleh klik sini

Hari Kedua ke mana kita??

CABLE CAR GUNUNG MACHINCHANG





 Kalau dari pekan kuah ke Gunung Machincang ni makan masa lebih kurang 20 ke 25 minit. Korang pernah dengar dongeng rakyat Sejarah Mat Cincang?

Meh nak habaq hang ..cite die cmni..

Mat cincang ada kawan nama mat raya (dua2 pendekar).. mat cincang ni miskin, mat raya ni kaya. Mat cincang selalu ke rumah mat raya bawak anak lelaki, dan lama lama anak mat cincang suka kat anak mat raya. Tapi mat raya x suka sbb diorng ni miskin. Tapi disebabkan anak mat raya suka dengan anak mat cincang, mat raya terpaksa terima lamaran. Tapi... jeng jeng jeng... mat raya ada perancangan rapi untuk elak anak die kahwin dgn anak mat cincang.

Mat raya berpura pura suruh mat cincang masuk meminang. Pelbagai hantaran dikenakan dan antara syarat yang wajib, perkahwinan anak anak mesti besar dan meriah.

Salah faham berlaku disebabkan hantaran dan mat cincang x setuju dan berlakulah pergaduhan yang besar antara mereka. Disebabkan pergaduhan itu, banyak lauk dan kuah tumpah dan mengalir ke pekan. Maka pekan Kuah yang famous skrng ni adalah disebabkan pergaduhan mereka.

Mat raya dah buang hantaran pertama iaitu cincin dan menyebabkan kemarahan mat cincang membuak. Tapi, akhirnya mat cincang kalah dan mat raya telah mengambil keris dan tikam mat cincang sebanyak 7 kali. Di situ la datangnya nama Mat cincang sebenarnya..

Amcm.. boleh buat cite tak? Ni FN taip sebiji sebiji apa guide tu bgtau FN masa dalam bus, pening2 kepala taip dalam bus masa tu..

Oklah.. dalam bercerita tu..dah smpai ke gunung ni


memula nampak jambatan gantung ni.. kiri masuk, kanan keluar ye..


FN masuk masuk cari breakfast.. lapo.. x sempat nak makan tadi .. tapi tak buka plak kedai ni..


cari punya cari.. akhirnya.. kat mana..? tu yang bumbung merah tu.. tapi western la.. takpelah..kebuluq dah cheq ni..


sementara tunggu makanan


view dari kedai makan ni.. cantik kan?


okies.. bismillah.. pepagi makan burger.. bedal je 


Flying fox.. NO NO untuk ADULT.. yes yes untuk kanak kanak..


abaikan muka FN tu.. nak tunjuk gunung yg belakang tu.. tu lah gunung machinchang .. nak g sana naik cable car..  FN x naik.. sekali cukup la kot.. 



ala ala pulau nami .. winter sonata corner.. 



apa diorg buat kat blakang tu? Bagi makan ikan.. makanan ikan pun ade jual.. kt tepi2 jambatan ni ada.. rm1 je..

Ok.. jom kite tgk mana nak g.. owh..

Disebabkan FN tak naik.. so FN pun google la utk korang ( ihsan dari google)


ni cable car masa nak naik


platform bila dah smpai


jambatan gantung.. grrr gerun 

gambar gambar kat atas ni sume dari google.. sorry..FN x amik gambar sendiri..

ok.. bila korang dah smpai bawah korang leh shopping dalam cable car souvenir shop.. di sebbkan FN x naik smpai ke atas.. g shop ni pun jadilah..


kat bawah ni pun banyak lagi tempat shopping.. spa.. sume ade


FN ikut rombongan.. so FN terikat dgn masa diorg.. kena tunggu punyalah lama.. habis masa dekat 5 jam kat situ.. BOSAAAANNNN

dah lama menunggu..akhirnya kami ke next destination..

BERAS TERBAKAR



Bukan BERAS JE TERBAKAR.. dengan muka muka FN sume terbakar.. panasnya LANGKAWI..

yang ni pun FN x masuk..just tgk2 kat kedai shopping je..


apa FN cuba tunjukkan? tu kawasan beras terbakar.. tapi tempatnya sebenar dalam lagi..

disebabkan panas.. FN pun cube kopi ais ni


support anak muda.. TERBAIK kowt



besau tau ni..


bukan nak tunjuk FN beli dua.. tapi tgklah betapa BESAU bekasnya dan isinya skali.. penuh perut.. bergoncang goncang air dalam perut..hahaha


Ok , what next?

MINYAK GAMAT



the view


segala jenis minyak ade.. mai la beli sini..

amik masa kejap je.. pastu terus ke ..

MAKAM MAHSURI


dari luar.. pintu gerbang 


rumah mahsuri .. ihsan dari google.



kat bahagian luar rumah mahsuri


mak FN bergambar dgn helangnya..

kat sini FN amik masa sekejap je.. pastu bertolak ke tempat shopping idaman sume suri rumah

mana lagi..

IDAMAN SURI



idaman suri ni dah dekat sgt dengan tempat tinggal FN.. kalau nk diterus terangkanya.. FN suka lagi RAMS dari idaman suri..


ni antara yang ada dalam idaman suri


pinggan mangkuk sume ada kecuali

COKELAT..

xde ye kat situ.. carilah kat HAJI ISMAIL GROUP..

lepas bebrapa minit.. kiteorng pun balik motel... tapi FN sekeluarga x balik.. singgah kat pekan kuah.. jejalan kat sana..sambung shopping kat WIRA LANGKAWI

WIRA LANGKAWI


rasanya owner die thailand kot.. sbb ada tulisan thailand gak kt sini.. kat sini pun ada jual pinggan sume... kat tingkat 2.. ada jual original perfume..

dulu masa FN beli..murah lagi.. tapi skrng dah rasa mcm sama.. baik beli kat sogo..leh dpt lagi murah

pastu dah beli apa yng patut kat sini.. FN and family pun melangkah berjalan ke pekan kuah..


pekan kuah waktu malam


ok mak FN dah penat n lapar..

jadinya kami pun bergerak ke kawasan medan selera.. kat mana?

korang tau PASAR MALAM ? kat area situ la..

dah siap mkan.. balik naik van.. simpan barang kat motel.. pastu keluar lagi.. haha..

kan haji ismail kat depan motel FN ( tgk entry sebelum ni kat sini )

selagi x tutup..selagi tu kiteorg pergi..

dah penat.. baru balik..haaaaaaa... penat.. dah siap beli balik motel.. penat nak mikir macm mana nak kemas..sebab esok dah bertolak dah..pening pening..

oklah..what happen next? are we still going for shopping? till the next entry.. tungguuuuu..

love FN


Next entry

























No comments:

Post a Comment